Monday 29 October 2012

SIRI BIMBINGAN

APABILA ANDA INGIN MELARIKAN DIRI
Buku ini meneliti apa yang telah berlaku apabila Daud berkata: “Sekiranya aku bersayap seperti burung merpati, aku akan terbang mencari tempat yang tenang” (Mzm 55.7). Ia juga menemui apa yang Tuhan ingin kita lakukan dan janji-Nya atas beban berat kita, terutamanya waktu kita ingin melarikan diri.
RM3

APAKAH TUJUAN HIDUPKU
 Mengapakah beberapa di kalangan kita berasa hidup sangat kosong?  Apakah ertinya menjalani hidup hari demi hari tanpa sebarang erti? Bagaimanakah kita boleh mendapat kepuasan dan makna dalam rutin yang berulang-ulang serta ketidakpastian kehidupan?
     

RM3

BAGAIMANA ADA KEBANGUNAN ROHANI
 Adakah “formula” yang menjamin kebangunan rohani terjadi? Apakah perbezaan antara kebangunan rohani dan penginjilan? Apakah yang boleh kita lakukan supaya semua ini berlaku? Buku ini akan memberi jawapan di luar jangkaan anda.
RM3

BERDOA DENGAN IMAN
 Kekecewaan dapat menyebabkan doa tidak kedengaran lagi. Memang sukar untuk berdoa apabila anda berasa pahit dan marah terhadap orang yang menghancurkan hidup anda. Ini lebih sukar apabila anda berpendapat bahawa Tuhan sendiri telah mengecewakan anda. Tuhan memahami perasaan kita, dan Dia telah membuka jalan supaya kita dengan berani menghadap takhta kasih Tuhan. Buku ini ingin membantu orang yang telah kehilangan keyakinan dalam Tuhan, dan tidak pasti sama ada Dia sedang mendengar ketika kita berdoa.
RM3

BAGAIMANA MENDAPAT KEPUASAN HATI
Kehidupan kita penuh dengan ketidakpuasan yang amat mendalam. Kita telah ‘dilatih’ tanpa disedari untuk terus mendapatkan, menggunakan, meningkatkan, dan meluaskan segala sesuatu. 
RM3

HAWA & RAHAB: BELAJAR MEMBUAT PILIHAN YANG LEBIH BAIK
    Perempuan di dalam Alkitab memberitahu banyak tentang diri kita. Walaupun zaman sudah berubah, sifat manusia tidak berubah. Dua perempuan yang berbeza seperti Hawa dan Rahab masih boleh membantu kita melihat bagaimana keputusan yang kita buat pada hari ini dapat membentuk kehidupan kita esok.   
RM3




KEYAKINAN PENYELAMATAN
   Mungkinkah anda tahu bahawa dosa anda telah diampuni? Adakah anda pasti bahawa anda akan pergi ke syurga? Bagaimanakah ketakutan terhadap penghakiman Tuhan dan kemungkinan pergi ke neraka? Bolehkah anda mengerti tanpa ragu-ragu bahawa Tuhan telah menyelamatkan anda daripada kesan kekal yang disebabkan oleh dosa?
RM3

BETULKAH KRISTUS BANGIT DARIPADA KEMATIAN
  Jawapan kepada soalan ini amat penting kerana ia akan mempengaruhi hal-hal yang berkaitan. iaitu kebolehpercayaan Alkitab,  jawapan kepada erti hidup yang anda sedang cari. Tujuan hidup manusia. Semua ini bergantung kepada kenyataan sama ada Yesus hidup atau tidak. Adakah jenazah-Nya benar-benar keluar dari kubur?
         Sama ada anda percaya kepada mukjizat bahawa Yesus telah bangkit daripada kematian atau tidak, kami tetap berharap buku kecil ini dapat membantu anda. Kajilah bersama-sama kami sebabnya kita boleh percaya pada kejadian yang diceritakan di dalam Alkitab tentang Hari Kebangkitan yang pertama.
RM3

SIAPAKAH YANG LAYAK MENJADI PEMIMPIN GEREJA
 Sanggupkah kita untuk memilih-milih? Tidakkah kita menimbulkan banyak masalah jika kita mendesak supaya pemimpin “tidak bercela”? Atau adakah kita jauh lebih menderita dan kecewa jika gereja diserahkan kepada orang yang salah, atau pemimpin yang tidak layak untuk membuat keputusan bagi umat Tuhan?
RM3

MENGAPAKAH TUHAN YANG BAIK MENGIZINKAN PENDERITAAN?
  Ini soalan lama. Empat ribu tahun yang lalu, seorang mangsa yang mengalami masalah peribadi, keluarga, dan kewangan telah berseru, “Adilkah Engkau bersikap sekejam ini, menghina ciptaan-Mu sendiri?” (Ayub 10.2-3). Soalan ini masih ditanya. “Adakah Tuhan membenci saya? Sebab itu Dia membenarkan saya menderita? Mengapa saya dan bukan orang lain?”
        Jawapannya ada. Meskipun tidak lengkap, tetapi cukup memberi kita pandangan yang betul tentang penderitaan, dan sanggup menghasilkan tindak balas yang baik dalam diri kita. Seterusnya buku ini menunjukkan bahawa walaupun syurga tidak semestinya menjawab segala soalan kita, ia memberi kita segala jawapan yang kita perlukan supaya terus percaya dan mengasihi Tuhan, yang memanggil kita semasa kita mengalami penderitaan.
RM3


MAKSUD PENGAMPUNAN
 Apakah pengampunan yang sejati? Bagaimanakah anda tahu bahawa anda telah bermaaf-maafan dan melupakan pertelingkahan dahulu? Tinjaulah perjalanan pengampunan bersama dengan kaunselor, Tim Jackson, yang dia akan menunjukkan anda rancangan Yesus tentang pengampunan. Anda boleh mengalami penyembuhan hasil daripada kesakitan hati, pengkhianatan, dan kemarahan, serta cara untuk menghasilkan hati yang berbelas kasihan.
RM3


PASTOR & ANDA
 Pastor mempunyai tanggungjawab yang amat besar untuk menggembala jemaah gereja. Bagaimanapun, mereka juga adalah manusia yang terbatas dan boleh menjadi lesu dari segi fizikal dan emosi . Dalam kajian ini, penulis Richard W. De Haan berkongsi ilham yang dipetik daripada Alkitab, dan pengalamannya sendiri sebagai anak pastor, bahawa cara kita boleh menyokong pastor kita. Buku kecil ini menunjukkan bahawa kita bukan sahaja boleh mengambil berat terhadap pemimpin rohani kita, malah juga boleh menjadi berkat kepada gereja kita.
RM3

JIKA SAUDARA DAN SAUDARI BERMINAT BOLEHLAH BERHUBUNG DENGAN SAYA
 DI TALIAN 014-8854525 ATAU EMAILKAN DI christiansharingbook@gmail.com ATAU chris_jostin@yahoo.com
SEMUA HARGA ADALAH TERTAKLUK KEPADA KAWASAN PENGHANTARAN.
HARGA YANG DIPAPARKAN ADALAH UNTUK KAWASAN KUCHING, SARAWAK SAHAJA.

No comments:

Post a Comment